Kerja separuh, upah hilang?

Sekiranya seorang pekerja yang diambil bekerja untuk satu tempoh tertentu, atau untuk satu tugasan tertentu, kemudian dia berhenti dari melaksanakan tugasnya sebelum cukup tempoh yang dijanjikan, atau sebelum dia menyempurnakan kerja yang telah disepakati, adakah dia berhak untuk menerima upah?

Di dalam masalah ini terdapat dua pandangan:

1. Pandangan pertama Mazhab Hambali: sekiranya seorang pekerja enggan untuk menyempurnakan tugasnya sehingga selesai, maka dia tidak berhak untuk mendapat sebarang upah atas apa yang telah dia kerjakan. Ini kerana pekerja tersebut tidak melakukan pekerjaan seperti yang telah disepakati bersama dengan majikannya. Al-Buhuti al-Hambali menyatakan:

أو امتنع الأجير لعمل من تكميل العمل فلا أجرة له لما عمله قبل، لأن كلا منهم لم يسلم إلى المستأجر ما وقع عليه عقد الإجارة فلم يستحق شيئاً. انتهى.

2. Pandangan kedua iaitu pandangan jumhur: bahawa pekerja berhak mendapat upah atas pekerjaan yang telah dia lakukan walaupun tidak sempurna atau separuh jalan.

Disebut di dalam kitab Syarh Majallatul Ahkam:

الأجير الذي يسلم نفسه بعض المدة يستحق من الأجرة ما يلحق ذلك البعض من الأجرة، وليس لمخدومه أن يمنعه منها بحجة أنه لم يقض المدة التي استأجره ليخدمه فيها. انتهى.

Yang bermaksud: Seorang pekerja yang bekerja pada sebahagian tempoh, adalah layak untuk mendapat upah bagi tempoh tersebut, dan majikannya tidak boleh menafikan upahnya dengan hujah bahawa pekerja tersebut tidak bekerja mengikut tempoh dia dipanggil untuk bekerja.

Imam as-Syirazi di dalam kitab Muhazzab berkata:

 فصل : ومتى انفسخ العقد بالهلاك أو بالرد بالعيب أو بتعذر المنفعة بعد استيفاء بعض المنفعة قسم المسمى على ما استوفى وعلى ما بقي فما قابل المستوفى استقر ، وما قابل الباقي سقط كما يقسم الثمن على ما هلك من المبيع وعلى ما بقي.

Yang bermaksud: apabila terfasakh akad dengan sebab musnah (barang yang disewakan), atau dengan sebab barang tersebut dipulangkan kerana aib (terdapat kecacatan), atau manfaat barang tersebut tidak dapat digunakan, dan semua ini berlaku selepas sebahagian manfaat telah dinikmati, maka upah (atau bayaran sewa yanag telah disepakati) hendaklah dibahagikan kepada dua: bahagian untuk manfaat yang telah dinikmati, dan bahagian untuk baki manfaat yang belum dinikmati. Maka bayaran sewa/upah untuk manfaat yang telah dinikmati menjadi tetap (tidak gugur – iaitu perlu dibayar), dan upah bagi manfaat yang berbaki (yang tidak dinikmati) maka ia menjadi gugur. Keadaan ini sama seperti bayaran harga yang perlu dibahagikan kepada bahagian barang yang  musnah dan bahagian barang yang berbaki.

Credit: https://www.islamweb.net/ar/fatwa/150173/