Mencari keberkatan masa yang hilang atau menjana 25 jam sehari

Membina kemahiran untuk menyaring keluar peluang yang tidak berdaya maju. Bukan semua peluang membuahkan hasil. Kita perlu membina kemahiran untuk mengenal pasti sepintas lalu segala peluang yang mendatang, untuk mengenyah keluar peluang yang ‘mandul’, dan meraih sebaiknya peluang yang ‘menjana’. Sudah pasti kemahiran ini memerlukan masa, penelitian, dan mengambil pelajaran dari pengalaman.

Kita juga harus berani mengatakan ‘TIDAK’ kepada perkara yang perlu di’tidak’kan. Situasi tertentu kadang-kala menjadi perangkap kepada kita untuk tunduk kepada perkara yang ‘tidak’ ini, sehingga kita menjadikan perkara ini satu ‘keiyaan’. Disini keberanian diperlukan. Kita tidak mampu untuk meraih perasaan puas hati dari seluruh orang yang berada disekeliling kita. Itulah hakikatnya. Jadi mengapa kita perlu mengorbankan diri kita untuk tidak mengatakan ‘tidak’, kerana seorang yang kita hormati. Pastinya banyak lagi senario dimana dia terpaksai dikecewakan bukan dengan ‘sengaja’. Selamatkan diri anda sebelum terlambat. “Berkata ‘tidak’ memberi ganjaran kepada anda dalam bentuk masa tambahan bagi menumpukan usaha pada peluang-peluang yang penting buat anda dan selari pula dengan kepakaran anda” – Daud Bakar. Kuncinya ‘TEGAS’ ketika berada di persimpangan. Bukan semua jalan, berakhir di puncak kejayaan.

Menumpukan kepada apa yang kita pakar, dan bukan menumpukan kepada seluruh kerja. Ini landasan kecemerlangan. Seorang kawan berkata: “tajamkan paku anda”, agar dunia dapat mendapat manfaat darinya.  Paku yang tumpul tidak memberi manfaat, dan ia sudah terlalu banyak di dalam persekitaran kita. You have to be special, and you have to be specialist. Pekerjaan yang lain, tinggalkan untuk ‘mereka’. Biar ‘mereka’ melaksanakannya untuk anda. Mereka lebih pakar pada ‘perkara itu’ dari anda.

Mengoptimumkan penggunakaan masa, dengan membahagikannya kepada masa produktif dan masa kurang produktif. Aktiviti yang dilakukan akan lebih bermakna dan lebih berkat apabila disesuaikan dengan jenis masa produktif dan non-produktif. Menempah jadual penerbangan malam ketika bermusafir, adalah lebih baik dari perjalanan waktu siang. Ini kerana masa non-produktif pada waktu malam, sesuai untuk diisi dengan aktiviti berehat di dalam pesawat. Suasana di dalam kapal terbang bukanlah seperti suasana di dalam office. Anda boleh membezakan antara keduanya. Contoh lain: berjaga malam untuk membuat kerja-kerja pejabat, atau belajar atau apa sahaja aktiviti selain berehat, adalah ketidakcekapan dalam pengurusan masa, dan menghilangkan keberkatannya. Tambah satu jam, atau hilang satu jam berpunca dari kecelaruan dalam matching skill antara masa dan aktiviti. Membaca pada waktu pagi, tidak sama dengan membaca pada waktu malam. Begitu juga dengan tidur. Semuanya perlu kepada latihan dan disiplin tinggi.

Perkara yang mampu menebus dosa

 

قال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله:

Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah telah berkata:

والمؤمن إذا فعل سيئة فإن عقوبتها تندفع عنه بعشرة أسباب: 

Seorang mukmin apa bila melakukan kejahatan (dosa), maka balasannya akan terhenti dari menimpanya apabila melakukan 10 perkara:

1. أن يتوب فيتوب الله عليه فإن التائب من الذنب كمن لا ذنب له.

Bertaubat, maka Allah pasti menerima taubatnya. Sesungguhnya orang yang bertaubat dari dosa adalah seumpama orang yang tidak melakukan dosa.

2. أو يستغفر فيغفر له.

atau Beristighfar, maka diampunkan baginya.

3. أو يعمل حسنات تمحوها فإن الحسنات يذهبن السيئات.

atau Hendaklah dia melakukan kebaikan yang akan menghapuskan kejahatan tersebut. Sesungguhnya ‘hasanat’ (kebaikan) akan menghapuskan kejahatan.

4. أو يدعو له إخوانه المؤمنون ويستغفرون له حيا وميتا.

atau Saudaranya mukmin mendoakan untuknya dan memohon ampun baginya, sama ada ketika dia hidup atau telah mati.

5. أو يهدون له من ثواب أعمالهم ما ينفعه الله به.

Saudaranya mukmin menghadiahkan pahala amalan kebaikan mereka sehingga Allah memberikan manfaat kepadanya dengan sebab hadiah pahala tersebut.

6. أو يشفع فيه نبيه محمد صلى الله عليه وسلم.

atau mendapat syafaat nabinya Muhammad s.a.w

7. أو يبتليه الله تعالى في الدنيا بمصائب تكفر عنه.

atau ditimpakan ujian dan musibah di dunia oleh Allah taala yang akan menghapuskan dosanya.

8. أو يبتليه في البرزخ بالصعقة فيكفر بها عنه.

atau Allah mengujinya di alam barzakh dengan kesempitan yang akan menghapuskan dosanya

9. أو يبتليه في عرصات القيامة من أهوالها بما يكفر عنه.

atau Allah mengujinya ketika hisab di hari akhirat dengan kedahsyatannya yang akan menghapuskan dosanya.

10. أو يرحمه أرحم الراحمين

atau Allah merahmatinya (lalu menghapuskan dosanya), sesungguhnya Dialah yang paling bersifat rahmat.

فمَن أخطأته هذه العشرة فلا يلومن إلا نفسه كما قال تعالى فيما يروي عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم “يا عبادي إنما هي أعمالكم أحصيها لكم ثم أوفيكم إياها فمن وجد خيرا فليحمد الله ومن وجد غير ذلك فلا يلومن إلا نفسه”.

Barang siapa yang tidak dikurniakan  (atau melakukan) 10 perkara ini, maka janganlah dia mencerca melainkan dirinya sendiri, seperti mana sabda Allah s.w.t dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w: “Wahai hambaku, sesungguhnya semuanya merupakan hasil amalan kamu yang aku perhitungkan satu persatu untukmu, kemudiannya Aku berikan balasan atasnya. Maka barang siapa yang mendapati balasan kebaikan, maka hendaklah dia memuji Allah, dan barang siapa yang mendapati selainnya, maka janganlah dia mencerca melainkan dirinya sendiri”.

مجموع الفتاوى (10/45)