Kitab ini menceritakan tentang dakwah dan pengertiannya yang mendalam, seterusnya sistem-sistem yang terdapat di dalam Islam seperti: Nizom Al-akhlak, Nizom Ijtimai, Nizom Al-ifta’, Nizom Al-Hisbah, Nizom Al-Hukum, Nizom Al-Iqtisodi, Nizom Al-Jihad, dan Nizom Al-Jarimah. Beliau juga menyentuh di dalam fasal kedua tentang pengertian dai’e dan persiapan yang perlu, seperti ilmu yang mantap, keimanan yang mendalam, dan akhlak (sabar, berkasih sayang, dan tawaduk) . Di dalam bab yang ketika beliau menyentuh tentang Mad’uu (orang yang di dakwah) dimana beliau menghuraikan jenis golongan orang yang di dakwah dan bagaimana pemahaman terhadap setiap golongan ini membantu kepada kejayaan dakwah. Di dalam bab yang keempat beliau menghuraikan tentang uslub dan kaedah dakwah, cara dan bagaimana kita dapat menjawab segala syubhat, serta targhib & tarhib di dalam Islam. Di dalam bab yang terakhir, beliau cuba membincangkan praktikal dakwah di dalam konteks yang lebih realiti iaitu dakwah di zaman moden di mana beliau menghuraikan elemen realiti kehidupan masyarakat, halangan dakwah dan cara penyelesaiannya. Buku ini sangat perlu dibaca oleh para ilmuan khususnya para pelajar bagi mempersiapkan diri menghadapi masyarakat.
Pengarang: Dr Abd Karim Zaidan, Cetakan : Muassasah Risalah