Panduan doa kepada orang kafir

Adakah harus seorang muslim berdoa untuk kebaikan temannya yang kafir?

Imam Nawawi di dalam kitab al-majmuk menyatakan:
قال النووي في المجموع: وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة، فحرام بنص القرآن والإجماع.

Menyembayangkan orang kafir atau berdoa baginya keampunan adalah perkara yang haram yang thabit degan nas Al-Quran dan al-Ijmak

Adapun berdoa agar dia diberi hidayah, maka perkara ini diharuskan. Begitu juga berdoa agar dia diberikan manfaat dunia seperti agar dia dikurniakan harta, atau anak, atau diberikan kesihatan dan seumpamanya, maka dibolehkan dengan syarat si kafir tersebut bukanlah dari jenis muharib (iaitu mereka yang menentang Islam). Begitu juga sekiranya jiran kafirnya mati, maka harus bagi muslim mengucapkan takziyah atas kematiannya mengikut satu pandangan.

Rujukan:

Islamweb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *