Membina kemahiran untuk menyaring keluar peluang yang tidak berdaya maju. Bukan semua peluang membuahkan hasil. Kita perlu membina kemahiran untuk mengenal pasti sepintas lalu segala peluang yang mendatang, untuk mengenyah keluar peluang yang ‘mandul’, dan meraih sebaiknya peluang yang ‘menjana’. Sudah pasti kemahiran ini memerlukan masa, penelitian, dan mengambil pelajaran dari pengalaman.
Kita juga harus berani mengatakan ‘TIDAK’ kepada perkara yang perlu di’tidak’kan. Situasi tertentu kadang-kala menjadi perangkap kepada kita untuk tunduk kepada perkara yang ‘tidak’ ini, sehingga kita menjadikan perkara ini satu ‘keiyaan’. Disini keberanian diperlukan. Kita tidak mampu untuk meraih perasaan puas hati dari seluruh orang yang berada disekeliling kita. Itulah hakikatnya. Jadi mengapa kita perlu mengorbankan diri kita untuk tidak mengatakan ‘tidak’, kerana seorang yang kita hormati. Pastinya banyak lagi senario dimana dia terpaksai dikecewakan bukan dengan ‘sengaja’. Selamatkan diri anda sebelum terlambat. “Berkata ‘tidak’ memberi ganjaran kepada anda dalam bentuk masa tambahan bagi menumpukan usaha pada peluang-peluang yang penting buat anda dan selari pula dengan kepakaran anda” – Daud Bakar. Kuncinya ‘TEGAS’ ketika berada di persimpangan. Bukan semua jalan, berakhir di puncak kejayaan.
Menumpukan kepada apa yang kita pakar, dan bukan menumpukan kepada seluruh kerja. Ini landasan kecemerlangan. Seorang kawan berkata: “tajamkan paku anda”, agar dunia dapat mendapat manfaat darinya. Paku yang tumpul tidak memberi manfaat, dan ia sudah terlalu banyak di dalam persekitaran kita. You have to be special, and you have to be specialist. Pekerjaan yang lain, tinggalkan untuk ‘mereka’. Biar ‘mereka’ melaksanakannya untuk anda. Mereka lebih pakar pada ‘perkara itu’ dari anda.
Mengoptimumkan penggunakaan masa, dengan membahagikannya kepada masa produktif dan masa kurang produktif. Aktiviti yang dilakukan akan lebih bermakna dan lebih berkat apabila disesuaikan dengan jenis masa produktif dan non-produktif. Menempah jadual penerbangan malam ketika bermusafir, adalah lebih baik dari perjalanan waktu siang. Ini kerana masa non-produktif pada waktu malam, sesuai untuk diisi dengan aktiviti berehat di dalam pesawat. Suasana di dalam kapal terbang bukanlah seperti suasana di dalam office. Anda boleh membezakan antara keduanya. Contoh lain: berjaga malam untuk membuat kerja-kerja pejabat, atau belajar atau apa sahaja aktiviti selain berehat, adalah ketidakcekapan dalam pengurusan masa, dan menghilangkan keberkatannya. Tambah satu jam, atau hilang satu jam berpunca dari kecelaruan dalam matching skill antara masa dan aktiviti. Membaca pada waktu pagi, tidak sama dengan membaca pada waktu malam. Begitu juga dengan tidur. Semuanya perlu kepada latihan dan disiplin tinggi.