Kaedah Memahami Hadis – 1

  • Ilmu hadis adalah ilmu yang memerlukan ketelitian dan kesabaran. Ia adalah ilmu yang sangat halus dan sukar. Setiap dakwaan mestilah disokong oleh fakta dan bukti. Tiada ruang dalam ilmu ini bagi spekulasi dan andaian.
  • Ada hadis yang dinilai sohih, tetapi hukumnya tidak diamalkan sedangkan ada hadis lain yang lemah, tetapi hokum perbuatannya adalah sunat (kerana beberapa aspek lain).
  • Suatu hadis, kadang dinilai lemah oleh seorang ulama hadis, tetapi ianya pada pandangan seorang ulama hadis yang lain, dinilai sohih. Perbezaan ini berlaku antara ulama hadis sezaman, dan boleh berlaku juga dengan ahli hadis dari generasi berbeza.
  • Penilaian hadis dari ulama mutaqaddimin adalah lebih layak untuk dijadikan sandaran ketika berlaku pertembungan dalam penilaian sesuatu hadis antara mereka dan ulama hadis terkemudian. Ini kerana ketinggian ilmu mereka serta kepakaran mereka tidak dapat dicapai oleh ulama hadis terkemudian.
  • Para ulama juga berbeza dalam menafsirkan maksud dan intipati sesebuah hadis. Hadis yang sama mempunyai pelbagai penafsiran sesuai dengan kepelbagaian orang yang menafsirkannya sama ada mereka dari kalangan ahli hadis, atau ahli feqah, atau ulama kalam, dan sesuai juga dengan mazhab dan aliran pemikiran yang mereka pegang.

– Feqh Hadis- Memahami Hadis Tidak Semudah: Sahih itu Sunnah, Daif Itu Bidaah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *