Panduan doa kepada orang kafir

Adakah harus seorang muslim berdoa untuk kebaikan temannya yang kafir?

Imam Nawawi di dalam kitab al-majmuk menyatakan:
قال النووي في المجموع: وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة، فحرام بنص القرآن والإجماع.

Menyembayangkan orang kafir atau berdoa baginya keampunan adalah perkara yang haram yang thabit degan nas Al-Quran dan al-Ijmak

Adapun berdoa agar dia diberi hidayah, maka perkara ini diharuskan. Begitu juga berdoa agar dia diberikan manfaat dunia seperti agar dia dikurniakan harta, atau anak, atau diberikan kesihatan dan seumpamanya, maka dibolehkan dengan syarat si kafir tersebut bukanlah dari jenis muharib (iaitu mereka yang menentang Islam). Begitu juga sekiranya jiran kafirnya mati, maka harus bagi muslim mengucapkan takziyah atas kematiannya mengikut satu pandangan.

Rujukan:

Islamweb

Haid selepas masuk waktu solat: perlukah qodho?

Seorang perempuan haid selepas masuk waktu solat dan dia belum menunaikan solat tersebut, adakah dia perlu qodho solat tersebut apabila telah suci?

Sekiranya seorang perempuan didatangi haid dan seumpamanya selepas masuk waktu solat, maka wajib ke atasnya mengqodho solat tersebut apabila telah suci sekiranya: Continue reading Haid selepas masuk waktu solat: perlukah qodho?

Qodho solat: segera atau boleh ditangguh?

Adakah qodho solat wajib dilakukan segera (ala alfaur) ataupun ianya boleh ditangguhkan perlaksanaannya pada waktu yang lain (ala at-tarakhi)?

Jawapan berikut adalah mengikut mazhab as-Syafie.

1- Meninggalkan solat secara uzur:

Imam Nawawi menyatakan: seseorang yang meninggalkan solat dengan uzur (tertidur, terlupa dan seumpamanya), maka hendaklah dia mengqhodonya, dan dibolehkan atasnya melaksanakan qodho tersebut secara at-tarakhi. Tetapi digalakkan (dianjurkan) baginya untuk melakukan qodho tersebut al-faur (segera). Continue reading Qodho solat: segera atau boleh ditangguh?