Pinjaman

Pinjaman dalam mazhab Syafie adalah sebuah akad yang terhenti kepada ijab dan qobul. Oleh itu, barang pinjaman yang berada pada peminjam adalah barang yang berada dibawa tanggungjawabnya “dhoman”. Sekiranya rosak, maka peminjam perlu menggantikannya walaupun kerosakan berlalu bukan dengan kecuaian peminjam.

Selain itu, di dalam mazhab Syafie, pinjaman merupakan satu “ibahah” iaitu keizikan untuk menggunakan (mendapat manfaat), dan beliau tidak memiliki manfaat tersebut. Maka peminjam tidak boleh memberi pinjam barang pinjaman kepada pihak ketiga. Ini berbeza dengan akad sewa “ijarah”, manfaat barang yang disewa dimiliki oleh penyewa. Justeru penyewa boleh menyewakan manfaat tersebut kepada pihak ketiga. Dalam kes akad pinjaman (i’arah), peminjam hanya memiliki keizinan menggunakan manfaat tersebut, dan tidak memiliki manfaatnya.

Kesimpulannya pemilikan “milkiyah” dalam islam boleh dibahagikan kepada:

1. pemilikan aset (ain) : pemilikan zat dan manfaat,

2. Pemilikan Manfaat (sewa)

3. Keizikan menggunakan manfaat (pinjaman barang)

SElain itu peminjam hendaklah menggunakan barang pinjaman mengikut keizinan yang diberikan oleh pemilik barang pinjaman.  Sekiranya pinjaman diberikan secara mutlak tanpa syarat, maka peminjam boleh menggunakan barang pinjaman secara mutlak “bebas” tetapi mestilah dengan meraikan uruf semasa dalam penggunaan barang tersebut.

Uruf adalah sesuatu yang boleh mengikat kebebasan sesuatu akad termasuk akad pinjaman, dan ia menyamai kekuatan ikatan secara nas (ucapan). Sekiranya keizinan diberikan untuk menggunakan manfaat tertentu, peminjam boleh menggunakan untuk tujuan lain yang menyerupainya atau lebih rendah darinya (yang kurang mudharat darinya). Maka sekiranya kita meminjam kereta untuk kenderaan bergerak, maka tidak boleh membawa bebanan yang lebih dari penggunaan biasa.

 

Rujukan:

Click to access 11139.pdf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *