Afaf beberapa detik di tahun baru 2010. Lahir pada 1 Januari 2010 (15 Muharram 1431h)di waktu subuh hari Jumaat.
Afaf selepas dicukur pada hari ketujuh. Antara Sheikh yang mentahnikkan Afaf adalah:
1- As-Syahid Sheikh Riyad Khiraqi – Beliau berkenan untuk datang ke rumah kami selepas pengajian kitab Sunan Abi Daud di Jamik Umawi. As-Syahid telah gugur pada tahun 2015 di Syria. Semoga Allah s.w.t merahmati beliau.
2- Sheikh Rushdi al-Qolam – Beliau adalah guru para pelajar Malaysia di Syria. Pakar dalam mazhab As-Syafie dan istiqomah dalam memberikan kuliah di Jami’ Manjak dan Jami’ Zainal Abidin.
3- Sheikh ِAbdul Sattar – Jiran di rumah lama Jazmatiah.
4- Sheikh Abu Muhammad – guru pelajar Malaysia tasmi’ al-Quran di Jami’ Abdullah Rawahah.
5- Dr Hamzah Hamzah – yang merupakan musyrif risalah master usul di Jamiah Ummu Durman
6- Sheikh Qasim Nuri – Syeikh mengajar di biliknya di Jami’ Abdullah Rawahah.
Kenangan indah bersama masyaikh Dimasyq. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kita semua.

