قال الله تعالى: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا. الفتح: ٢٩
Di dalam ayat di atas Allah s.w.t telah menyenaraikan ciri-ciri pengikut Nabi s.a.w yang beriman, yang menyatakan kebersamaan dengan Baginda s.a.w iaitu: bengis terhadap orang kafir, berkasih sayang sesama mukmin. Kamu melihat mereka ruku’ dan sujud mencari kelebihan disisi Allah dan keredhoanNya.
[Ukhuwwah dan Peranannya ]
Sahabat-sahabat, ahli Iman dan Islam,
Golongan agamawan hari ini merupakan satu golongan yang dipertanggungjawabkan dengan satu misi yang besar iaitu untuk menyambung perjuangan risalah nubuwwah, sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis:
“وَإنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأنْبِيَاءِ ، وَإنَّ الأنْبِيَاءَ لَمْ يَوَرِّثُوا دِينَاراً وَلاَ دِرْهَماً وَإنَّمَا وَرَّثُوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بحَظٍّ وَافِرٍ”. رواه أَبُو داود والترمذي
Oleh itu mencontohi perjalanan kehidupan Rasulullah s.a.w merupakan satu perkara yang wajib dan pasti bagi golongan agamawan. Baginda s.a.w di dalam sirah perjuangan, sangat mengutamakan ‘ukhuwwah’ di dalam pembentukan ‘mujtamak’ muslim yang gemilang. Ini dapat dilihat dengan sistem ‘taakhi’ yang dilaksanakan oleh Baginda di antara Muhajirin dan Ansor, yang seterusnya menjadi nadi kepada pembentukan sebuah negara yang berdaulat di atas asas iman. Bahkan Baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh An-Nukman bin Basyir:
“مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتواصلهم مثل الجسد، إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى“
Kita adalah jasad yang satu, anggota yang satu, bahkan binaan yang satu.
Inilah pengertian yang cuba ditanam oleh Baginda s.a.w di dalam diri setiap mukmin.
Apabila kita memahami kepentingan ukhuwwah ini, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah: menterjemahkan asas yang diletakkan oleh Baginda ini ke dalam kehidupan harian kita, sebelum kita dapat memperjuangkannya di dalam ‘mustawa’ masyarakat dan negara.
[Ciri khaira ummah]
Perpaduan perlu wujud di dalam organisasi yang kecil sebelum menjelma ke dalam organisasi yang besar. Sikap tegur menegur perlu di wujudkan di dalam komuniti pelajar di Syria agar kekuatan dapat dibina secara bersama. Tiada lagi gerakan individu melainkan ianya terarah kepada pembentukan komuniti yang saling lengkap melengkapi.
Amar makruf dan Nahi mungkar perlu disegarkan kembali dan dijadikan agenda bersama, atas tanggungjawab iman dan amal kerana ianya prasyarat kepada ‘khaira ummah’. Firman Allah s.w.t [Ali Imran:110]:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آَمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ (110)
Perselisihan pandangan dan perbezaan fahaman merupakan satu yang ‘natural’ dan ‘fitrah’tetapi ia perlu di selesaikan di dalam rundingan semeja dan pertemuan semuka.
Perselisihan pandangan merupakan fenomena kepada pembangunan dan bukan alat untuk menghancurkan.
Kita perlu sedar di dalam konteks ukhuwwah dan perpaduan ini, negara-negara barat dan kuffar secara amnya telah terlebih dahulu mengamalkan Islam sebelum kita sempat menghayati pengertiannya.
Islam diterjemahkan di dalam kehidupan mereka melalui: kerjasama yang erat antara negara-negara, semangat saling membina serta memajukan diri dan bangsa melalui segala aspek kehidupan tanpa mengenal erti putus asa. Mereka menjadikan masa sebagai modal utama untuk mengejar dunia, dan menyusun sistem kehidupan di bawah undang-undang yang tersusun dan teratur. Mereka memperjuangkan hak dan keadilan untuk kepentingan dan kelansungan mereka khususnya apabila berhadapan dengan sebarang ancaman.
Keadilan, semangat bekerja, mengutamakan masa, ukhuwwah dan ‘taawun’ merupakan ciri yang digariskan dan diperjuangkan oleh Islam. Akan tetapi, kita melihat ianya dihayati dengan lebih mendalam di dalam kehidupan mereka (kuffar).
Kerjasama antara negara-negara Kesatuan Eropah (EU) sebagai contoh membolehkan anda menggunakan matawang yang satu (euro), dan memudahkan anda menjelajah ke seluruh negara-negara di bawah kesatuan ini seakan-akan anda berada di dalam sebuah negara yang besar tanpa sempadan. Pembinaan laluan keretapi bawah tanah bermula di German dan berakhir di Britain sebagai bukti kesatuan mereka.
Mereka telah menterjemahkan kesatuan bukan sekadar dalam konteks negara tetapi dalam konteks antarabangsa.
Apabila Pakistan dan Iran membangunkan teknologi nuklear mereka, kita melihat negara-negara kuffar bersatu di bawah PBB untuk memberikan tekanan kepada mereka, walaupun dalam masa yang sama India dan China, turut membangunkan teknologi yang sama. Mereka memastikan bahawa Islam tidak lahir di dalam kelompok negara pemilik nuklear.
Mereka boleh bersatu walaupun dalam keadaan mereka saling berbeza. Berbeza dari sudut agama, berbeza dari sudut ideologi, berbeza dari sudut kebudayaan dan pemikiran, berbeza dari sudut kepentingan dan survival masing-masing.
Mereka mempunyai seribu satu alasan dan sebab untuk berselisih dan berpisah tetapi mereka tetap ingin memilih untuk bersatu dan maju.
Kemuncak perpaduan yang di capai oleh mereka dan perpecahan yang berlaku antara kita dapat diterjemahkan ke dalam senario dan isu serangan Israel terhadap Gaza yang berlaku baru-baru ini.
Mesir menutup sempadan dan menghalang bantuan, Fatah Islami mengkhianati dan bekerjasama dengan Israel, munafiq di Gaza mencari mangsa baru sasaran bom udara, Jordan dan Syria berdiam diri, Liga arab buntu di meja rundingan, dan mangsa yang terkorban semakin bertambah, sementara kita di Syria masih ada yang tertidur dan leka untuk sekadar berkongsi kesedihan bersama mereka apatah lagi untuk menadah tangan berdoa kejayaan mujahidin di Gaza.
Tanpa kita sedari, kita hanya hidup di dalam ilusi, sedangkan musuh-musuh Islam hidupan di dalam realiti. Kita hanya membayangkan wujudnya masyarakat Islam sepertimana yang digariskan oleh al-Quran sedangkan yahudi dan nasora telah membuktikan kebenaran al-Quran.
[survival muslim Malaysia]
Sahabat-sahabat yang dihormati,
Kita perlu sedar, kegagalan kita di dalam komuniti kecil ini untuk membentuk ukhuwwah dan perpaduan merupakan ‘indicator’ awal kepada kegagalan kita membentuk masyarakat mukmin yang bersatu padu di Malaysia. Survival generasi mukmin kini semakin terancam dengan wujudnya serangan dalaman dan luaran yang semakin berterusan. Atas nama kekafiran kita digigit
Dari sudut dalaman kita diserang dengan kewujukan kelompok Islam Leberal (Sister In Islam), Anti hadis, ulama su’ dan ketaksuban masyarakat yang jahil, sementara dari sudut luaran kita diserang oleh gerakan penyebaran agama merangkumi kristian, budha, dan hindu, gerakan ajaran sesat yang terkeluar dari Islam, serangan dari SUARAM, ALIRAN, dan MALAYSIAN BAR COUNCIL yang menyerang Islam di atas ‘label’ perjuangan hak asasi manusia, seterusnya perjuangan pluraisma agama oleh gabungan NGO di bawah (IFC).
Benarlah sepertimana yang diriwayatkan oleh Thauban daripada Rasulullah bahawa Baginda bersabda:
“توشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها” . فقال قائل : “ومن قلة نحن يومئذ ؟” قال :”بل أنتم يومئذ كثير ، لكنكم غثاء كغثاء السيل، ولينـزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم ، وليقذفن في قلوبكم الوهن” . فقال قائل : “يا رسول الله ، وما الوهن ؟” قال :”حب الدنيا وكراهية الموت”
Satu perumpamaan yang tajam bagi hati yang ingin mengambil iktibar.
[pembinaan kekuatan]
Persiapan yang mantap perlu bermula dari fatrah awal lagi. Kita perlu mempersiapkan kekuatan dalaman dan luaran. Menyematkan diri dengan bekalan ilmu pengetahuan yang bermanfaat serta kemahiran-kemahiran kepimpinan yang lain. Kita perlu membentuk sikap dan tindakan yang betul sesuai dengan situasi yang dihadapi. Kita perlu mengukuhkan hubungan sesama kita dan membantu meningkatkan kemahiran dan kerjasama secara bersama. Tolong menolong dalam perkara yang disepakati dan saling bermaafan dan berlebih kurang pada perkara yang diperselisihkan perlu dijadikan amalan. Perubahan biah bermula dengan perubahan diri.
Sebelum kita menutup tirai pertemuan mahabbah ini, marilah sama-sama kita merenung kembali asas pembentukan sikap dan akhlak yang diletakkan oleh Allah s.w.t yang menjadi teras kepada pembentukan generasi impian. Firman Allah s.w.t [Al-Maidah: 54]:
قال الله تعالى:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِاللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Marilah kita sama-sama berikrar kepada diri kita bahawa “kita mempunyai seribu satu sebab untuk bersatu dan kita akan sentiasa memilih untuk terus bersatu”.
اللهم انصر الإسلام والمسلمين، وانصر المجاهدين في غزة وفي العراق وفي كشمير وفي كل مكان يا رب العالمين. اللهم إنا نجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم، اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وأقلل عددهم وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله، واللهم يا منـزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الأحزاب أهزم الطغاة المجرمين من اليهود والنصارى ومن والاهم يا رب العالمين. وصلى الله على سيد
نا محمد وعلى أله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين.
Note: Artikel ini telah disiarkan di dalam buku cenderahati Program Tautan Mahabbab Kali ke 2 (2009)