Bacaan surah di dalam solat

Di dalam mazhab syafie, para ulama telah menyarankan bacaan surah selepas fatihah dimana mereka membahagikan surah kepada :

  1. Tiwal al-mufassal
  2. Awsat al-mufassal
  3. Qisar al-mufassal

Para ulama syafiiyah juga telah berselisih pandangan dalam mendefinasikan tiga kategori surah di atas. Kebanyakkan mereka seperti ibnu hajar di dalam syarahnya ke atas kitab Muqaddimah Hadramiah telah menyatakan bahawa:

Tiwal al-mufassal: adalah bermula dari surah al-hujurat dan berakhir pada surah al-mursalat

Awsat al-mufassal: adalah bermula dari surah an-Naba’ dan berakhir pada surah al-Lail

Qisar al-mufassal: adalah bermula dari surah an-Dhuha dan berakhir pada surah an-Nas.

Definasi yang disebutkan diatas juga adalah selari dengan pandangan Imam Mahalli dan Imam Ramli.

Akan tetapi Sheikh Said Baiysn al-Hadrami, pengarang kitab Busyra Karim bi Syarhi Masail At-Ta’lim menyatakan bahawa pandangan yang asoh ( الأصح) bahawa tiwal al-mufassal adalah seperti surah Qaf dan surah al-mursalat, dan awsat al-mufassal adalah seperti surah al-jumuah dan qisar al-mufassal adalah seperti surah al-ikhlas.

Maka, dalam membahagikan bacaan surah di dalam sembahyang, syarak (menurut pandangan ulama syafiiyah) menyarankan agar bacaan surah ketika solat subuh adalah dari kategori : tiwal mufassal, bacaan surah ketika solat zuhur adalah dari kategori yang hampir  panjangnya dengan surah tiwal mufassal, bacaan surah ketika solat asar dan isyak adalah dari kategori : awsat al-mufassal, manakala solat maghrib pula adalah dari surah qisar al-mufassal.

Hikmah dari pembahagian ini adalah kerana waktu subuh adalah panjang, dan rakaatnya hanya dua rakaat sahaja, maka disunatkan membaca surah yang panjang. Ini berbeza halnya dengan solat maghrib, dimana waktunya adalah pendek maka disunatkan membaca surah-surah yang pendek.

Imam Ghazali di dalam kitabnya al-khulasoh dan ihya ulumuddin  menambah bahawa disunatkan ketika solat subuh ketika safar untuk membaca surah : alkafirun dan al-ikhlas, dan tidak membaca tiwal al-mufassal seperti biasa.

Akan tetapi, pembahagian bacaan surah mengikut kategori di atas adalah bagi orang yang bersolat bersendirian, atau imam yang bersolat bersama makmum yang redho untuk bersolat sepanjang apa pun bacaan imam (إمام المحصورين رضوا بالتطويل).

Adapun bagi imam yang solat bersama jemaah yang umum, menurut pandangan Imam syafie di dalam kitabnya al-Um sepertimana yang dinakalkan oleh Imam Nawawi di dalam majmuk telah menyarankan agar bacaan imam tersebut hanya bersekitar pada surah qisar al-mufassal (surah-surah yang pendek) pada solat 5 waktu, dan ini merupakan pandangan para ulama syafiiyah.

Tidak dianjurkan ke atas imam membaca surah-surah yang awsat maupun yang tiwal, sama ada dari kategori mufassal atau tidak, melainkan surah-surah yang disunatkan dibaca pada solat-solat tertentu, maka disunatkan untuk membaca surah tersebut, walaupun panjang, seperti surah as-sajadah dan al-insan yang disunatkan dibaca pada solat subuh di pagi jumaat.

Ini kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:

«إذَا أَمَّ أَحَدُكُمْ النَّاسَ فَلْيُخَفِّفْ فَإِنَّ فِيهِمْ الْكَبِيرَ وَالصَّغِيرَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ وَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِنَفْسِهِ فَلْيُطِلْ مَا شَاءَ» رَوَاهُ الشَّيْخَانِ

2 s19yawal 1433/payajaras

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *