Haid selepas masuk waktu solat: perlukah qodho?

Seorang perempuan haid selepas masuk waktu solat dan dia belum menunaikan solat tersebut, adakah dia perlu qodho solat tersebut apabila telah suci?

Sekiranya seorang perempuan didatangi haid dan seumpamanya selepas masuk waktu solat, maka wajib ke atasnya mengqodho solat tersebut apabila telah suci sekiranya: Continue reading Haid selepas masuk waktu solat: perlukah qodho?

Qodho solat: segera atau boleh ditangguh?

Adakah qodho solat wajib dilakukan segera (ala alfaur) ataupun ianya boleh ditangguhkan perlaksanaannya pada waktu yang lain (ala at-tarakhi)?

Jawapan berikut adalah mengikut mazhab as-Syafie.

1- Meninggalkan solat secara uzur:

Imam Nawawi menyatakan: seseorang yang meninggalkan solat dengan uzur (tertidur, terlupa dan seumpamanya), maka hendaklah dia mengqhodonya, dan dibolehkan atasnya melaksanakan qodho tersebut secara at-tarakhi. Tetapi digalakkan (dianjurkan) baginya untuk melakukan qodho tersebut al-faur (segera). Continue reading Qodho solat: segera atau boleh ditangguh?

Fadhilat Solat Jemaah dengan 27 kali darjat

[Bab ke 46]

عن ابن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم

صلاة الجماعة تفضل على صلاة الرجل وحده بسبع وعشرين درجة

Apakah hukum solat berjemaah:

  1. Solat fardhu selain solat jumaat: Sebahagian ulama menyatakan wajib (fardhu ain), akan tetapi Imam Nawawi menyatakan ianya adalah fardhu kifayah. Maksudnya: sekiranya sesebuah kampung tidak mendirikan solat jemaah (yang menzahirkan syiar), maka mereka boleh diperangi oleh pemerintah.
  2. Solat Jumaat: Wajib dilakukan secara jemaah (bagi orang-orang yang wajib ke atasnya jumaat)

Continue reading Fadhilat Solat Jemaah dengan 27 kali darjat

Nabi s.a.w ingin bakar rumah orang yang tidak keluar untuk menunaikan solat jemaah

عن أبي هريرة : عن النبي صلى الله عليه و سلم قال:

لقد هممت أن آمر فتيتي أن يجمعوا حزم الحطب ثم آمر بالصلاة فتقام ثم أحرق على أقوام لا يشهدون الصلاة

Syarah hadis: Meninggalkan solat jemaah atau melengah-lengahkan solat adalah sifat orang munafik. Menjaga solat dan khusyuk di dalamnya adalah sifat orang yang beriman. Firman Allah s.w.t:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ, الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ, الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ, رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ

Sifat orang munafik, melambat-lambatkan solat: Continue reading Nabi s.a.w ingin bakar rumah orang yang tidak keluar untuk menunaikan solat jemaah

Hukum permusafiran perempuan mengikut pandangan jumhur

Safar Mar’ah
Hukum musafir seorang perempuan :

عن أبي هريرة عن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أنه قال : (( لا يَحِلُّ لامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاَللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أَنْ تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لَيْسَ مَعَهَا حُرْمَةٌ ))

و عن ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا مَرْفُوعًا : ((لا تُسَافِرُ الْمَرْأَةُ إِلا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ ، وَلا يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ إِلا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ فِي جَيْشِ كَذَا وَكَذَا ، وَامْرَأَتِي تُرِيدُ الْحَجَّ . قَالَ : اخْرُجْ مَعَهَا ))

وَرَد عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلا وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ ، وَلا تُسَافِرُ الْمَرْأَةُ إِلا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ ، فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ امْرَأَتِي خَرَجَتْ حَاجَّةً ، وَإِنِّي اكْتَتَبْتُ فِي غَزْوَةِ كَذَا وَكَذَا. قَالَ : فَانْطَلَقْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِكَ “

Para ulama (4 mazhab) telah bersepakat bahawa seorang perempuan tidak boleh bermusafir melainkan mesti ditemani oleh suami atau mahramnya. Continue reading Hukum permusafiran perempuan mengikut pandangan jumhur