عن أبي هريرة : عن النبي صلى الله عليه و سلم قال:
لقد هممت أن آمر فتيتي أن يجمعوا حزم الحطب ثم آمر بالصلاة فتقام ثم أحرق على أقوام لا يشهدون الصلاة
Syarah hadis: Meninggalkan solat jemaah atau melengah-lengahkan solat adalah sifat orang munafik. Menjaga solat dan khusyuk di dalamnya adalah sifat orang yang beriman. Firman Allah s.w.t:
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ, الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ, الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ
وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ, رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ
Sifat orang munafik, melambat-lambatkan solat:
وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلاةِ قَامُوا كُسَالَى يُرَاؤُونَ النَّاسَ وَلا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً
{وَلا يَأْتُونَ الصَّلاةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَى
Hukum Solat jemaah (selain jumaat):
– Fardhu ain : pandangan imam atha’, auzaie, ahmad bin hambal, abi thaur, ibnu munzir, ibu khuzaimah dan daud.
– Fardhu Kifayah: pandangan yang mukhtar dalam mazhab syafie, seperti kata imam Nawawi.
Ibnu Abbas ditanya tentang seseorang yang melakukan ibadat , siang hari dengan berpuasa dan malam hari dengan solat dan zikrullah, tetapi tidak menghadiri solat jemaah dan jumaat. Beliau menjawab: Dia adalah orang yang disiksa di dalam neraka”. Apakah maksud kata-kata ibnu Abbas:
– Takwil pertama: perkataan ibnu abbas ini menunjukkan bahawa solat berjemaah adalah fardhu ain, sesuai dengan zahir hadis di atas.
– Takwil kedua: orang tersebut disiksa di dalam neraka kerana beliau meremehkan syiar islam, atau kerana benci terhadap solat berjemaah.
Apakah Keuzuran yang membolehkan seseorang tidak menghadiri solat jemaah?
– Orang yang sakit
– Orang buta yang tiada pembimbing
– Tidak selamat ketika berjalan ke masjid: musuh, binatang buas, penjenayah,
– Takut dikejar oleh orang yang memberi hutang sedangkan dia dalam keadaan susah.
Hukum mengulangi solat untuk mendapatkan jemaah?
– Sunat dilakukan untuk mendapatkan jemaah.