[Bab ke 46]
عن ابن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم
صلاة الجماعة تفضل على صلاة الرجل وحده بسبع وعشرين درجة
Apakah hukum solat berjemaah:
- Solat fardhu selain solat jumaat: Sebahagian ulama menyatakan wajib (fardhu ain), akan tetapi Imam Nawawi menyatakan ianya adalah fardhu kifayah. Maksudnya: sekiranya sesebuah kampung tidak mendirikan solat jemaah (yang menzahirkan syiar), maka mereka boleh diperangi oleh pemerintah.
- Solat Jumaat: Wajib dilakukan secara jemaah (bagi orang-orang yang wajib ke atasnya jumaat)
Apakah pahala solat sendiri dan solat berjemaah?
- Solat sendiri = 1 darjat
- Solat jemaah= 25 atau 27 darjat atau 25 juzu’. Perbezaan riwayat adalah kerana perbezaan kesempurnaan seseorang yang bersembahyang.
Adakah pahala jemaah sama sahaja ?
- Solat jemaah boleh dilakukan di mana sahaja, dan pelakunya akan dapat 25 atau 27 pahala (islam itu mudah) – tidak seperti agama lain di mana ibadat perlu dilakukan di tempat ibadat mereka.
- Tetapi solat jemaah di masjid lebih baik dari solat di rumah
- Solat dengan jemaah yang ramai, lebih afdhal dari jemaah yang kurang:
(حديث مرفوع) رَوَى أَبُو دَاوُد ، وَالنَّسَائِيُّ ، وَابْنُ مَاجَهْ ، مِنْ حَدِيثِ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ :
صَلاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاتِهِ وَحْدَهُ وَصَلاتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إلَى اللَّهِ تَعَالَى
- Solat di masjidil haram dan masjid nabawi lebih baik dari solat di masjid-masjid lain.
- Solat berjemaah di awal waktu bersama imam lebih banyak pahalanya dari solat berjemaah di akhir solat imam.
Fadhilat mendapat takbiratul ihram bersama imam
من صلى أربعين يوماً في جماعة يُدرك التكبيرة الأولى كتبت له براءتان: براءةٌ من النار وبراءة من النفاق
– رواه الترمذي وغيره وصححه الألباني.
Imam Nawawi di dalam kitab majmuknya menyatakan bahawa para ulama berbeza pandangan tentang siapakah orang yang mendapat pahala bertakbiratul ihram bersama Imam:
- Pandangan pertama (paling asah): sempat bersama berdiri bersama imam. Tatkala imam bertakbir, maka dia terus bertakbir tanpa melengah-lengahkan.
- Pandangan kedua: dikira mendapat pahala takbiratul ihram sekiranya sempat takbiratul ihram sebelum imam membaca fatihah.
- Pandangan ketiga: sempat rukuk bersama imam pada rakaat pertama (Imam Ghazali: sekiranya tidak hadir takbiratul ihram imam)
- Pandangna keempat: sempat mendapatkan qiam bersama imam (Imam Ghazali: sekiranya tidak menghadiri takbiratul ihram imam)
- Pandangan kelima: sekiranya mendapat rukuk bersama imam (dan lalai kerana uzur atau kerana sebab solat seperti berwudhu),maka dapat pahala takbiratul ihram. Sekiranya mendapat rukuk bersama imam tetapi lalai kerana sebab duniawi, maka tidak dapat pahala takbiratul ihram.
Mengapa solat Jemaah diberikan pahala yang banyak?
- Mengambil wudhu dengan sempurna
- Berjalan ke masjid dimana satu langkah menghapuskan dosa dan menambah pahala
- Ketika solat berjemaah, para malaikat akan memohon ampun untuknya selagimana di dalam solat.
- Menzahirkan syiar agama (beramai-ramai dan bersatu hati)
- Menguatkan silaturrahim antara muslim ketika bertemu dan bertegur sapa.
Bilakah seseorang itu mendapat pahala jemaah (dikatakan telah berjemaah)?
- Solat fardhu selain jumaat: seorang itu dikira mendapat solat berjemaah sekiranya sempat bertakbir sebelum imam memberi salam (walaupun sekiranya tidak sempat duduk bersama imam di tahiyyat akhir).
- Solat Jumaat: sesorang itu dikira mendapat jemaah ketika solat jumaat apabila sempat mendapat satu rakaat bersama solat Imam. Sekiranya kurang dari satu rakaat, maka solat jumaat yang dilakukan tersebut hendaklah disempurnakan empat rakaat seperti solat zohor.
- Niat jemaah bagi imam dan makmum: Niat jemaah bagi makmum adalah wajib agar solat jemaahnya sah. Akan tetapi bagi imam, niat jemaah adalah syarat untuk mendapatkan pahala jemaah, dan tidak batal solatnya sekiranya dia tidak niat jemaah.
Adakah sama pahala orang yang mendirikan jemaah di surau, masjid atau di rumah?
- Kelebihan masjid:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ ». قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ « إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ »رواه مسلم في صحيحه.
- Kelebiham solat di masjid al-haram dan kelebihan masjid an-nabawi:
عن جابر أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( صلاة في مسجدي أفضل من ألف صلاة فيما سواه . إلا المسجد الحرام . وصلاة في المسجد الحرام أفضل من مائة ألف صلاة فيما سواه )
Adakah sama orang yang mendapat jemaah dari awal dan orang yang mendapat jemaah dihujung solat?
Tidak sama, bahkan orang yang mendapat solat jemaah dari awal, mendapat ganjaran yang tinggi.
Berapakah sekurang-kurang jemaah di dalam solat?
Sekurang-kurang jemaah pada pandangan mazhab syafie adalah 2 orang sahaja (seorang imam dan seorang makmum)
Adakah jemaah yang banyak mempunyai kelebihan dari jemaah yang sikit?
Ya, ini berdasarkan sebuah hadis daripada nabi s.a.w:
(حديث مرفوع) رَوَى أَبُو دَاوُد ، وَالنَّسَائِيُّ ، وَابْنُ مَاجَهْ ، مِنْ حَدِيثِ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” صَلاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاتِهِ وَحْدَهُ وَصَلاتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إلَى اللَّهِ تَعَالَى ” .
Akan tetapi, sekiranya disebuah tempat tidak ada jemaah, dan sekiranya kita hadir, dapat didirikan jemaah, maka solat kita di situ lebih baik dari solat kita bersama jemaah yang lain di masjid atau tempat yang lain. Ini kerana dengan solatnya kita di situ, jemaah dapat didirikan.
Siapakah yang selayakknya menjadi Imam (sekiranya jemaah lelaki atau perempuan)?
Lelaki lebih layak menjadi imam bagi jemaah lelaki dan perempuan. Sekiranya seseorang perempuan menjadi imam kepada jemaah lelaki, maka batal solat mereka. (soalan: bagaimana solat perempuan yang tiba-tiba dimakmumkan oleh lelaki? Ie: suami balik kerja tengok isteri solat, kemudian berimamkan dengan isteri, adakah solat isteri batal?)