Jawapan:
Waktu solat hari raya bermula dari terbitnya matahari sehingga waktu gelincir matahari (waktu zawal). Sekiranya seseorang itu terluput solat hari raya bersama imam, maka dia boleh melakukannya secara bersendirian. Caranya sama seperti solat bersama imam. Pada rakaat pertama: takbir sebanyak tujuh kali selain dari takbiratul ihram. Selepas itu membaca fatihah dan kemudiannya membaca surah. Pada rakaat kedua: takbir sebanyak lima kali selain dari takbir qiam, dan kemudiannya membaca fatihah dan surah. Disunatkan pada rakaat pertama membaca surah al-A’la, atau surah Qof, dan pada rakaat kedua disunatkan membaca surah al-ghasiah atau surah al-Qomar.
Sekiranya seseorang terluput solat hari raya dan waktunya telah habis, maka di dalam mazhab as-Syafie ianya dianjurkan untuk diqhodo dan boleh dilakukan pada bila-bila waktu (selain waktu haram solat) sama ada pada hari pertama, kedua atau seterusnya.
5 Syawal 1437h / Paya Jaras