Erti kehidupan dalam Redho

Firman Allah s.w.t:

مَا أَصَابَكَ مِنْ حَسَنَةٍ فَمِنَ اللَّهِ وَمَا أَصَابَكَ مِنْ سَيِّئَةٍ فَمِنْ نَفْسِك

Sebuah alunan wahyu ilahi yang membentuk pedoman di dalam jiwa seorang mukmin di dalam kehidupan ini. Bukan sekadar melihat Allah sebagai tuhan yang wajib disembah, tuhan yang maha bijaksana, tuhan yang mengetahui apakah kebaikan dan keburukan bagi manusia lalu diturunkan kepada mereka panduan hidup demi kebaikan mereka agar meraka sampai kepada sang pencipta. Continue reading Erti kehidupan dalam Redho

Jaulah kitab: أصول الدعوة (Usul ad-Dakwah) karangan Dr Abdul Karim Zaidan

Kitab ini menceritakan tentang dakwah dan pengertiannya yang mendalam, seterusnya sistem-sistem yang terdapat di dalam Islam seperti: Nizom Al-akhlak, Nizom Ijtimai, Nizom Al-ifta’, Nizom Al-Hisbah, Nizom Al-Hukum, Nizom Al-Iqtisodi, Nizom Al-Jihad, dan Nizom Al-Jarimah. Beliau juga menyentuh di dalam fasal kedua tentang pengertian dai’e dan persiapan yang perlu, seperti ilmu yang mantap, keimanan yang mendalam, dan akhlak (sabar, berkasih sayang, dan tawaduk) . Di dalam bab yang ketika beliau menyentuh tentang  Mad’uu (orang yang di dakwah) dimana beliau menghuraikan jenis golongan orang yang di dakwah dan bagaimana pemahaman terhadap setiap golongan ini membantu kepada kejayaan dakwah.  Di dalam bab yang keempat beliau menghuraikan tentang uslub dan kaedah dakwah, cara dan bagaimana kita dapat menjawab segala syubhat, serta targhib & tarhib di dalam Islam. Di dalam bab yang terakhir, beliau cuba membincangkan praktikal dakwah di dalam konteks yang lebih realiti iaitu dakwah di zaman moden di mana beliau menghuraikan elemen realiti kehidupan masyarakat, halangan dakwah dan cara penyelesaiannya.  Buku ini sangat perlu dibaca oleh para ilmuan khususnya para pelajar bagi mempersiapkan diri menghadapi masyarakat.

Pengarang: Dr Abd Karim Zaidan, Cetakan : Muassasah Risalah

Peranan niat dalam kehidupan manusia

Niat mempunyai peranan yang sangat penting di dalam kehidupan seorang mukmin. Niat akan membezakan antara ibadat dan adat. Seseorang yang melakukan perbuatan yang zahirnya ibadat, tetapi meletakkan niat yang salah seperti beribadat untuk menunjuk-nunjuk di hadapan orang ramai agar dikatakan sebagai orang yang soleh, orang seperti ini, walaupun melakukan perbuatan yang zahirnya ibadat, tetapi ianya tidak mendapat sedikitpun ganjaran daripada Allah. Continue reading Peranan niat dalam kehidupan manusia

Ruhama’ Bainahum

قال الله تعالى: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا. الفتح: ٢٩

Di dalam ayat di atas Allah s.w.t telah menyenaraikan ciri-ciri pengikut Nabi s.a.w yang beriman, yang menyatakan kebersamaan dengan Baginda s.a.w iaitu: bengis terhadap orang kafir, berkasih sayang sesama mukmin. Kamu melihat mereka ruku’ dan sujud mencari kelebihan disisi Allah dan keredhoanNya. Continue reading Ruhama’ Bainahum

Aku dan Afaf

afaf

Afaf beberapa detik di tahun baru 2010. Lahir pada 1 Januari 2010 (15 Muharram 1431h)di waktu subuh hari Jumaat.

afaf2

Afaf selepas dicukur pada hari ketujuh. Antara Sheikh yang mentahnikkan Afaf adalah:

1- As-Syahid Sheikh Riyad Khiraqi – Beliau berkenan untuk datang ke rumah kami selepas pengajian kitab Sunan Abi Daud di Jamik Umawi. As-Syahid telah gugur pada tahun 2015 di Syria. Semoga Allah s.w.t merahmati beliau.

2- Sheikh Rushdi al-Qolam – Beliau adalah guru para pelajar Malaysia di Syria. Pakar dalam mazhab As-Syafie dan istiqomah dalam memberikan kuliah di Jami’ Manjak dan Jami’ Zainal Abidin.

3- Sheikh ِAbdul Sattar – Jiran di rumah lama Jazmatiah.

4- Sheikh Abu Muhammad – guru pelajar Malaysia tasmi’ al-Quran di Jami’ Abdullah Rawahah.

5- Dr Hamzah Hamzah – yang merupakan musyrif risalah master usul di Jamiah Ummu Durman

6- Sheikh Qasim Nuri – Syeikh mengajar di biliknya di Jami’ Abdullah Rawahah.

 

Kenangan indah bersama masyaikh Dimasyq. Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kita semua.