Qodho solat: segera atau boleh ditangguh?

Adakah qodho solat wajib dilakukan segera (ala alfaur) ataupun ianya boleh ditangguhkan perlaksanaannya pada waktu yang lain (ala at-tarakhi)?

Jawapan berikut adalah mengikut mazhab as-Syafie.

1- Meninggalkan solat secara uzur:

Imam Nawawi menyatakan: seseorang yang meninggalkan solat dengan uzur (tertidur, terlupa dan seumpamanya), maka hendaklah dia mengqhodonya, dan dibolehkan atasnya melaksanakan qodho tersebut secara at-tarakhi. Tetapi digalakkan (dianjurkan) baginya untuk melakukan qodho tersebut al-faur (segera). Continue reading Qodho solat: segera atau boleh ditangguh?

Fadhilat Solat Jemaah dengan 27 kali darjat

[Bab ke 46]

عن ابن عمر قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم

صلاة الجماعة تفضل على صلاة الرجل وحده بسبع وعشرين درجة

Apakah hukum solat berjemaah:

  1. Solat fardhu selain solat jumaat: Sebahagian ulama menyatakan wajib (fardhu ain), akan tetapi Imam Nawawi menyatakan ianya adalah fardhu kifayah. Maksudnya: sekiranya sesebuah kampung tidak mendirikan solat jemaah (yang menzahirkan syiar), maka mereka boleh diperangi oleh pemerintah.
  2. Solat Jumaat: Wajib dilakukan secara jemaah (bagi orang-orang yang wajib ke atasnya jumaat)

Continue reading Fadhilat Solat Jemaah dengan 27 kali darjat

Nabi s.a.w ingin bakar rumah orang yang tidak keluar untuk menunaikan solat jemaah

عن أبي هريرة : عن النبي صلى الله عليه و سلم قال:

لقد هممت أن آمر فتيتي أن يجمعوا حزم الحطب ثم آمر بالصلاة فتقام ثم أحرق على أقوام لا يشهدون الصلاة

Syarah hadis: Meninggalkan solat jemaah atau melengah-lengahkan solat adalah sifat orang munafik. Menjaga solat dan khusyuk di dalamnya adalah sifat orang yang beriman. Firman Allah s.w.t:

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ, الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ, الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاتِهِمْ خَاشِعُونَ

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ

يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ, رِجَالٌ لا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ

Sifat orang munafik, melambat-lambatkan solat: Continue reading Nabi s.a.w ingin bakar rumah orang yang tidak keluar untuk menunaikan solat jemaah

Kitab Muhazzab Karangan Imam Syirazi

Kitab Muhazzab adalah kitab penting di dalam mazhab Syafie dan merupakan rujukan penting para ulama pada kurun ke 4 dan 5 hijrah. Ia telah dikarang oleh Imam as-Syirazi (393 – 476 h) bermula dari tahun 455 hingga selesai pada tahun 469 hijrah iaitu mengambil masa selama 14 tahun. Ia merupakan kitab utama bagi madrasah Syafiiyah di Iraq, seperti mana kitab nihayatul matlab menjadi kitab utama bagi madrasah syafiiyah di Khurasan. Di dalam kitab ini, Imam as-Syirazi telah menyenaraikan semua furuk-furuk yang dibina di atas usul Imam as-Syafie di dalam kitabnya Al-Um dengan disertakan sekali dalil-dalil bagi setiap furuk.

Kitab Muhazzab ini telah disyarahkan oleh ramai ulama. Jumlah syarah bagi kitab ini mencapai 23 buah. Antara syarah yang terkenal adalah: kitab Majmuk karangan Imam Nawawi dan kitab al-bayan karangan Imam Imrani Al-yamani.

Kitab Muhazzab ini telah dicetak oleh Darul Qalam dengan tahqiq dari Dr Muhammad Zuhaili.

 

27 ramadhan 1433 / 16 Ogos 2012

Paya Jaras

4.19 a.m

Hukum permusafiran bagi perempuan menurut Sheikh al-Qardawi

Sheikh Yusuf al-Qardawi merupakan salah satu tokoh ulama masa kini yang berpandangan bahawa safar mar’ah (iaitu safar seorang wanita sama ada safar wajib dan mubah) adalah harus walaupun tanpa mahram atau suami, sekiranya terjamin keamanan bagi perempuan yang bermusafir. Continue reading Hukum permusafiran bagi perempuan menurut Sheikh al-Qardawi

Hukum permusafiran perempuan mengikut pandangan jumhur

Safar Mar’ah
Hukum musafir seorang perempuan :

عن أبي هريرة عن النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أنه قال : (( لا يَحِلُّ لامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاَللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أَنْ تُسَافِرَ مَسِيرَةَ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ لَيْسَ مَعَهَا حُرْمَةٌ ))

و عن ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا مَرْفُوعًا : ((لا تُسَافِرُ الْمَرْأَةُ إِلا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ ، وَلا يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ إِلا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ ، فَقَالَ رَجُلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ فِي جَيْشِ كَذَا وَكَذَا ، وَامْرَأَتِي تُرِيدُ الْحَجَّ . قَالَ : اخْرُجْ مَعَهَا ))

وَرَد عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلا وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ ، وَلا تُسَافِرُ الْمَرْأَةُ إِلا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ ، فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ امْرَأَتِي خَرَجَتْ حَاجَّةً ، وَإِنِّي اكْتَتَبْتُ فِي غَزْوَةِ كَذَا وَكَذَا. قَالَ : فَانْطَلَقْ فَحُجَّ مَعَ امْرَأَتِكَ “

Para ulama (4 mazhab) telah bersepakat bahawa seorang perempuan tidak boleh bermusafir melainkan mesti ditemani oleh suami atau mahramnya. Continue reading Hukum permusafiran perempuan mengikut pandangan jumhur

Darul Hadis al-Asyrafiah

وفي دار الحديث لطيف معنى

أصلي في جوانبها وآوي //على بسط لها أصبو وأوي

لعلي أن أمس بحر وجهي

مكان مسه قدم النواوي

Inilah ungkapan syair yang diucapkan oleh Imam Ibnu Subki (Taqiuddin) tatkala sampai ke Darul Hadis menceritakan kerinduan terhadap Imam Nawawi, seorang Imam masyhur yang mendiami Darul Hadis, seterusnya mengajak kita untuk mengenali peranan Darul Hadis serta sumbangannya terhadap peradaban ilmu Islam. Continue reading Darul Hadis al-Asyrafiah

مطرنا بفضل الله وكرمه

Alhamdulillah, hujan turun juga di Damascus (Sabtu 11 Dec 2010), bumi anbiya dan para solihin. Bumi yang penuh keberkatan berkat doa Rasulullah s.a.w tatkala Baginda berdoa:

اللهم بارك لنا في شامنا ويمننا

Bumi yang terus menerus menjadi nadi dan penyumbang kepada ketamadunan dunia. Disini kita berpijak, memohon kekuatan dari Allah agar sentiasa diberikan taufik untuk mengikuti jejak para solihin menuntut ilmu demi menegakkan agama Allah, sebagai menyahut firmannya:

فلو لا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين …..

meisat2 Continue reading مطرنا بفضل الله وكرمه